Pengenalan kelompok kecil anggota SDA di Balakong.

Pada tahun 2011, Pastor Minsun telah menjalankan tanggungjawab dia untuk mengadakan “Bible Study” di sekitar kawasan Balakong. Calon “Bible Study” pada masa itu ialah Frezelt ak Aslee dan Freddy ak Aslee. Selain itu, Pastor Minsun juga menjalankan aktiviti lawatan-lawatan biasa sebagai pemuridan atau dikenali “discipleship”.
Awal tahun 2013, saudara Fernandez mencadangkan untuk mengadakan satu kebaktian pertengahan minggu di Balakong dan dipersetujui oleh Pastor Minsun.

 Pada tahun tersebut, bilangan yang menyertai kebaktian ini amat kecil iaitu anggaran jumlah seramai 25 orang termasuk kanak2 yang terdiri daripada 4 buah keluarga (keluarga Aslee, keluarga Day, keluarga Frederic Au dan keluarga Pastor Minsun). Kebaktian di Balakong dilakukan pada  khamis malam setiap minggu. Kami melakukan kebaktian ini di rumah En.Aslee, rumah En. Day dan En Frederick secara bergilir-gilir. Keluarga En. Day tinggal di Taman Sungai Besi Indah, keluarga En. Aslee di Taman Sri Indah manakala keluarga En. Frederic di Sungai Long
Jun 2016, kami telah menetapkan kebaktian setiap hari Jumaat malam di kediaman keluarga En Day kerana rumah baru keluarga beliau lebih luas, selesa dan tempat yang strategik (berdekatan dengan KTM Serdang) Kebaktian bermula pada pukul 8.45 pm. Pungutan persembahan juga dilakukan untuk dana Balakong dan juga membantu meringankan beban dari segi pembayaran bil elektik, bil air dan kemudahan lain atas persetujuan semua anggota. Pengumpulan dana ini juga adalah untuk menyokong hasrat anggota mendapatkan sebuah bangunan  tempat beribadah.
Kami mengalu-alukan sekiranya ada pihak atau individu yang ingin memberikan sumbangan untuk tujuan tersebut. Sila emailkan ke sdabalakong@gmail.com sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut.

Puji Tuhan kerana sejak pembaharuan di buat, anggota yang datang semakin ramai, terdiri daripada pelajar dan jemaat yang  tinggal di Balakong dan sekitarnya. 
semoga kehadiran ini semakin bertambah dari semasa ke semasa.

  
Dengan semangat dan usaha anggota kebaktian ini masih lagi dilakukan sehingga kini . Kebaktian ini juga telah menjangkau jiwa-jiwa umat SeventhDay Adventist di Balakong dan sekitarnya dan Kami percaya ada ramai lagi anggota yang berada di kawasan ini. Semoga kita dapat berbakti bersama- sama dan melayani Tuhan sehingga kedatanganNya.

Kami anggota di Balakong mohon jasa baik  anggota dimana sahaja berada baik dekat mahupun yang jauh, baik ditanah Semananjung, baik di seberang Laut Cina Selatan ataupun dimana sahaja, tolong doakan kelompok kecil ini  agar mencapai visi  untuk mendapatkan sebuah bangunan / tempat anggota beribadah dan mengumpulkan anggota dikawasan Balakong dan sekitarnya.

Terima kasih atas doa anda semua.



Tuhan memberkati !

-------------------------

Renungan bersama..

Kita tak dapat mengubah apapun yang telah terjadi. Kita tak dapat menarik perkataan yang telah kita ucapkan,
Kita tak mungkin lagi dapat menghapus kesalahan dan mengulangi kebahagiaan di hari kemarin, 
Biarkan hari kemarin berlalu menjadi pelajaran dan kenangan.

Hingga matahari terbit esok,
Kita tak tahu apa yang akan terjadi.. 
Kita tak mungkin tahu, suka duka di hari esok..
Kerana hari itu belum tiba.....

Fokuskan diri kita untuk hari ini... 
Kita dapat mengerjakan banyak hal untuk hari ini.
Bila ingin melakukan yang terbaik sekaranglah saatnya, 
esok belum tentu ada kesempatan..

Jangan di tunda-tunda..

Semoga bermanfaat


TUHAN YESUS MEMBERKATI.